Tetamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini20
mod_vvisit_counterSemalam82
mod_vvisit_counterMinggu Ini20
mod_vvisit_counterMinggu Lepas527
mod_vvisit_counterBulan Ini20
mod_vvisit_counterBulan Lepas2350
mod_vvisit_counterKeseluruhan30634

Online (20 minutes ago): 5
Your IP: 38.107.191.115
,
Now is: 2010-08-01 08:26

Online YM

Network Blog

Macro Lagi
Ahad, 04 Oktober 2009 10:24

Semalam ramai kawan-kawan datang ke rumah dengan bertujuan menziarah. Saya dan isteri tidak kemana-mana kecuali menunggu sahaja kawan-kawan datang. Sambil menunggu mereka, saya sempat melakukan aktiviti yang berfaedah dengan kamera saya antaranya ialah

 

Add a comment
 
Gambar Raya 2009
Ahad, 27 September 2009 11:59

Raya kedua di Masjid Terapung Terenggganu. Berhenti ambil gambar ketika perjalanan ke rumah nenek sebelah mak.

 

foto di Kedah.

 Perjalanan Pulang Ke KL

Add a comment
 
Tahniah Buat Ustaz Fakhrul
Ahad, 27 September 2009 09:00

Alhamdulillah majlis akad nikah sahabat kita iaitu Ustaz Fakhru razi berjalan dengan lancar, kini beliau sudah bergelar suami. Selamat pengantin baru untuk Ustaz Fakhrul. Saya sempat ke majlis akad nikah beliau di masjid zahir, kedah. Kebetulan ketika itu saya berada di kedah.

Add a comment
 
Infak Ramadan, Rumah Titian Kaseh
Selasa, 15 September 2009 08:00

Sabtu lepas saya berpeluang menyertai program infak ramadan PTS. Kami memilih rumah anak yatim Titian Kaseh. Rumah itu bagaikan rumah angkat bagi kumpulan sukan Wins-wins di bawah PTS publication. Ini adalah aktivti amal yang dilakukan pada setiap di bulan Ramadan. Tahun ini projek wins-wins lebih menarik, bermula awal ramadan lagi kami mula mencari peruntukan untuk adik-adik di rumah titian kaseh. Target kami RM 100 setiap seorang. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Program membeli baju raya untuk adik-adik rumah titian kaseh berjalan dengan lancar. Destinasi yang dipilih adalah Mydin Jalan Masjid India, seramai 50 orang yang menyertai dan diiringi oleh 20 sukarelawan. 

Kebanyakkan sukarelawan berpuas hati dan gembira apabila dapat menolong adik-adik rumah titian kaseh, walaupun tidak dinafikan ada sedikit kesukaran untuk mengawal mereka, tetapi kami tetap bersabar, mungkin ini adalah ujian Allah dan Allah mahu memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada kami ketika di bulan ramadan. Semoga adik-adik titian Kaseh juga gembira dengan apa yang kami mampu lakukan untuk mereka. Insyallah kita jumpa lagi nanti :)

Add a comment
 
Marhaban Ramadan di MPH
Rabu, 19 Ogos 2009 07:21

Semalam saya dan beberapa orang rakan dari PTS telah keluar ke MPH sekitar lembah klang. Asyik kerja di pejabat sahaja, kali ini kami mempunya tugas di luar pula. Tugas kami senang sahaja iaitu menghias satu decoration di dalam MPH sempena promosi marhaban Ya Ramadan. Ini adalah kali pertama saya terlibat secara langsung dengan aktiviti ini. Saya telah ditugaskan pegi kedua tempat, pertama di MPH Alamanda dan MPH Mid Valley, Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 am. dan kami sampai di Alamanda pada pukul 11.20 am. 

Di Alamanda tidak susah, kami di beri ruang hanya lebih kurang 4" X 3" sahaja, kecil dan padat, operasi menghias windows display menjadi semakin mudah, kami longgokan sahaja buku-buku yang sedia ada di MPH disertai beberapa bahan yang kami bawa sendiri, seperti lampu, pelita, rehal dan kain hamparan. Misi kami disana mengambil masa selama satu jam sahaja.

Selesai sahaja di Alamanda kami terus bertolak ke Mid Valley. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2.00pm. Disini saya rasa lebih mencabar dari sana. Kerana ruang yang kami bayangkan selama ini sama dengan ruangan yang diberikan di MPH Alamanda, tetapi sebaliknya. kami diberi lebih kurang 10" x 3.5", ruangan yang cukup besar. Hampir buntu dibuatnya, bagaimanakah hendak menghias ruangan sebesar ini, sedangkan barang yang dibekalkan hanya lah 4" sahaja. Oleh kerana sudah sampai disitu, terpaksa lah kami berikhtiar menyelesaikan masalah ini. Akhir terhasilah windows display seperti di bawah.

Add a comment
Baca Lagi... [Marhaban Ramadan di MPH]
 
Sidang Media Marhaban Ya Ramadan
Khamis, 13 Ogos 2009 07:37

Semalam berlangsungnya sidang media Marhaban Ya Ramadan, anjuran PTS Publications. PTS mengambil kesempatan untuk melancarkan kampen Membaca di bulan Ramadan, sebanyak 27 buku-buku yang sudah di pilih oleh pihak PTS untuk promosi istimewa di bulan ramadan. Sebagaimana yang dimaklumi, ramadan akan datang tidak lama lagi, kurang tempoh dua minggu kita akan menyambut bulan  barakah, bulan pengampunan dan bulan pembebasan daripada seksaan neraka. Semoga dengan adanya promosi ini memberi peluang kepada kita untuk memperbanyakkan bahan bacaan kita nanti.

Saya terlibat secara langsung dalam aktiviti kempen Marhaban Ya Ramadan, melalui website, email, blog dan bermacam-macam medium lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, atau mengenai buku-buku yang di promosikan boleh layari laman web www.bookace.com.my . Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Add a comment
 
Percutian yang menarik
Selasa, 04 Ogos 2009 07:03

Perjalanan ke Kota Kinabalu bermula awal pagi, dengan menggunakan perkhidmatan tambang murah Air Asia, akhirnya saya dan isteri selamat sampai ke kota kinabalu lebih kurang jam 12.30 tengahari (Jumaat).

Apabila sampai di Kota Kinabalu, kami terus ke tempat penginapan, di jalan kampung Air. Ini adalah kali pertama kami sampai di Kota Kinabalu. Alhamdulillah dengan menggunakan bantuan Encik google, kami sudah merangka beberapa tempat yang akan dilawati di sana, antaranya pasar yang paling popular di kota kinabalu, Kinabalu park, kundasang, dan berjalan-jalan sekitar bandar kota kinabalu. Kami berehat seketika, menunaikan solat dan kemudian bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kota kinabalu

Muzium Sabah

Lebih kurang pukul 3.30 ptg, kami bertolak ke Muzium sabah, bayaran masuk hanya RM 2. Bermacam-macam barang peninggalan masa yang ada disitu, kami seoalah-olah masuk ke terowong masa dan kembali ke zaman lampau. Selain-lain barang peninggalan sejarah, kami tertarik dengan terowong masa di dalam muzium itu, bermula dengan asal usul kaum di sabah sehinggalah zaman kemerdekaan, semuanya dicatat di dalam terowong masa itu. Tetapi sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium ini (setahu saya memang setiap muzium tidak dibenarkan mengambil gambar).

Apabila keluar dari muzium itu, kami terus berjalan-jalan di sekitar muzium, alhamdulillah di sekitar muzium itu, dibenarkan mengambil gambar. 

Selesai sahaja melawat muzium sabah, kami dijemput oleh seorang kawan untuk ke satu tempat makan yang menarik (katanya). Perjalanan kami di sana mengambil masa lebih kurang 45 minit, kami bersesak dengan kesesakan lalu lintas, saya menjangkakan hanya KL sahaja yang sebegitu, rupa-rupanya di Kota kinabalu pun sama, hampir 5 Km kami terpaksa menentang arus kesesakan lalulintas di sana. Alhamdulilah kurang 5 minit pukul 6.30 kami sampai ditempat yang dikatakan. Hanya dua hidangan yang ada disana, iaitu Lokan dan kelapa Bakar. Kami mengambil masa setengah jam untuk menikmati makanan yang belum pernah kami nikmati, alhamdulillah selesai sahaja makan, kami bertolak pulang ke Hotel. 

 

Add a comment
Baca Lagi... [Percutian yang menarik]
 
Kemilau.com.my
Khamis, 30 Julai 2009 07:55

Alhamdulillah akhirnya siap juga satu laman web ini. Kemilau adalah laman web Kemilau Publika. Dahulunya dikenali sebagai Anbakri Publika. Sekarang diberi nama baru sebagai Kemilau Publika. Ini adalah salah satu penerbit yang banyak menerbitkan buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz. dan sedang berkembang untuk salah satu penerbit buku-buku Melayu. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kemilau publika di atas sumbangan dan kometmen mereka menerbitkan buku-buku melayu dan yang lebih pentingnya buku Agama.

Kemilau juga adalah laman web yang berasaskan CMS joomla. Apa itu joomla.? Saya sudah tulis sedikit artikel bahagian Toturial. Saudara boleh membacanya di bahagia tutorial. Untuk melayari laman web kemilau. www.kemilau.com.my

Add a comment
 
Membina Web Menggunakan Joomla Siri 2
Khamis, 02 Julai 2009 07:15

Siri 1 yang lepas, saya ada menyatakan tentang web server, apache dan mysql. Isnyallah pada kali ini saya akan memberi sedikit tip untuk memasang kesemua-semua element itu pada komputer anda. Hanya dengan menggunakan xamp, anda sepatutnya sudah mempunya web server apache, mysql dan bahasa php.

1.Pilih xamp yang sudah dimuat turun daripada internet.

 

 

Add a comment
Baca Lagi... [Membina Web Menggunakan Joomla Siri 2]
 
Membina Web Menggunakan Joomla Siri 1
Selasa, 30 Jun 2009 21:31

PENGENALAN

Joomla adalah salah satu cms (content Management System), tutorial sebelum ini, saya ada menyatakan secara ringkas mengenai cms, ciri-ciri cms dan fungsi cms. Begitu juga joomla, sebagai salah satu script yang bercirikan cms, semestinya joomla mudah diuruskan, disusun, dan di konfigurasi. Setiap orang boleh menggunakan joomla sebagai web peribadi mereka dengan mudah, tanpa mengetahui secara keselurahan tagging atau coding pengatucaraan. Berbekalkan sedikit pengetahun tentang HTML anda mampu membangunkan halaman web joomla dengan baik.

 

PERSEDIAN SEBELUM INSTALL JOOMLA 

Joomla memerlukan 3 servis yang sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Iaitu, apache server(sistem pelayan web), Mysql database(tempat simpan data) dan PHP (Bahasa pengaturcaraan). Ketiga-tiga elemen ini mesti ada dalam sesebuah halaman web terutamanya bagi mereka yang ingin menggunakan joomla. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ketiga-tiga elemen itu, anda boleh sahaja cuba mencarinya di dalam google.com. Disini saya tidak menyatakan secara terperinci ketiga-tiga elemen itu. Cukup hanya mengetahui apache, mysql dan php anda beroperasi.

Terdapat dua cara untuk anda memasang joomla, iaitu cara pertama anda memasang joomla ke dalam web server(hosting) dan yang kedua anda boleh mamasangkan joomla di dalam komputer anda sendiri secara locolhost. Nota kali ini saya akan memberikan tutorial untuk memasang joomla ke dalam komputer anda. Ini adalah cara yang murah dan percuma, anda tidak memerlukan modal yang tinggi, kecuali sedikit masa untuk memuat turun beberapa perisian.

 

MEMASANG JOOMLA PADA KOMPUTER 

Kebanyakkan untuk permulaan ini, pembina-pembina laman web menggunakan cara ini adalah bertujuan untuk belajar dan mengetahui joomla secara terperinci. Selepas betul-betul memahami joomla, pembina-pembina laman web pun akan pindah naik database dan script itu ke dalam hosting mereka. Disini terdapat beberapa langkah antanya ialah.

1. Anda perlu memuat turun xamp ( Perisian yang mempunyai apache-phpadmin-mysql)

 

- anda boleh muat  disini http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html

2. Muat turun joomla versi terkini di dalam laman web. (www.joomla.org)

 

sebarang masalah dan pembetulan mengenai nota saya, anda boleh memberi komen pada ruangan yang telah saya sediakan. Sekian, terima kasih

Add a comment
 
Macintos
Jumaat, 26 Jun 2009 15:04

Pagi ini ada seorang junior ber 'yahoo mesengger' dengan saya, bertanyakan satu pendapat tentang mac (apple). Dia terjumpa komputer Apple (iMac) untuk dijual dengan harga 3K. Bagi saya itu adalah harga yang murah, tetapi sebelum melihat rupa dan spefikasi imac. Selepas satu pautan diberikan kepada saya berkaitan dengan imac itu. Saya terfikir, adakah sesuai menggunakan mac dengan harga sebegitu.? Soalan pertama yang singgah di Ym dia adalah, adakah dia sudah berkahwin atau belum? lalu dia menjawab belum, soalan kedua dan seterusnya saya bertanyakan tentang kerjanya, tinggal dimana, apakah kepentingan membeli mac dan sebagainya, satu persatu soalan dijawab dengan baik. Akhirnya saya membuat kesimpulan dan memberi cadangan. Saya katakan padanya, iMac ini memang berkuasa, memang mampu melakukan banyak kerja dan bagus bagi orang melakukan kerja-kerja grafik. Tetapi kos penyelenggaraannya amat tinggi. Barang gantian nya juga amat mahal berbanding komputer biasa. Saya katakan padanya lagi. Sekiranya tiada keperluan mendesak, seelok-elok gunakan lah komputer laptop yang biasa sahaja. Banyak dan kualiti pun boleh tahan. Selain itu boleh disimpan duit itu kahwin nanti. Ini lah jawapan yang saya katakan pada dia.

Kenapa saya mencadangkan begitu.? adakah saya irihati sekiranya beliau membeli iMac, sedangkan saya tidak membeli iMac? itu bukanlah masalahnya, saya mencadangkan sebegitu kepada beliau kerana saya yakin, dia tidak mempunyai keperluan yang mendesak untuk menggunakan iMac dalam kehidupan dia. Lain lah sekiranya dia seorang artis graphic ataupun designer. Daripada membazir baik sahaja disimpan duit untuk kegunaan lain.

Add a comment
 
Bicara Novel
Khamis, 25 Jun 2009 13:21
Add a comment
 
Putrajaya Pada Waktu Malam
Khamis, 25 Jun 2009 04:57

2 Hari lepas saya membuat sedikit assigment di putrajaya, berasama saya beberapa orang kawan yang mempunyai minat yang sama dalam bidang fotografi. Sudah lama Kamera saya tidak membuat assigment sebegitu. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar. Assigment kali ini memang best. Banyak benda baru saya belajar, antaranya pasal KELVIN. disini saya sertakan sedikit gambar hasil assigment yang telah saya buat di putrajaya.

 

Ini adalah gambar jambatan putrajaya. Gambar ini diambil menggunakan lens 50mm + D80. Diambil dari tebing masjid Putrajaya. dan saya lakukan sedikit editing, Menggunakan photoshop cs3.

 

di hadapan perbadanan putrajaya. SAya menggunakan Lens 18-200 + D80+ Tripod(mesti ada) Rumput nampak hijau saya menggunakan Optimize Image (vivid).


Gambar ini adalah tempat yang sama . Cuma sudut ketika mengambil gambar sahaja yang berlainan.

Alhamdulillah assigment kali ini boleh dikatakan berjaya juga. beberapa objektif dapat dilaksanakan. Tetapi ketika mengambil gambar-gambar bangunan di putrajaya hati saya mula terdetik."alangkah bestnya sekiranya saya mempunyai satu lens wide-" hahahaha. Harga dia mungkin 2.5K. Insyallah satu hari nanti saya juga akan membelinya :)

Add a comment
 
CMS-Content Management System
Selasa, 23 Jun 2009 07:11

CMS singkatan daripada perkataan Content Management System atau dalam bahasa melayunya Sistem Pengurusan Kandungan. Mengikut pengetahuan saya yang tak berapa tahu ini. CMS ini mula popular di akhir tahun 90an atau awal tahun 2000. CMS ini adalah alternatif terbaik untuk mereka yang hendak membina laman web. Dengan adanya CMS proses untuk membentuk laman web menjadi semakin senang, iaitu muat turun, suntingan dan kemaskini.

Hari ini banyak cms yang muncul.Antara yang paling popular adalah joomla, drupal, phpnuke, postnuke, xoops, dan banyak lagi. Saya akan menulis tentang joomla. kerana  saya amat suka dengan joomla. Joomla mudah diuruskan dan mudah difahami disamping memiliki ramai sokongan daripada dalam dan luar negara. Tidak semestinya joomla yang terbaik, tetapi untuk permulaan ini saya akan cuba memberikan sedikit toturial online. Bagaimana install joomla dalam server  dan menguruskan joomla menjadi laman web .

 

Add a comment
 
«MulaSblm123SeterusnyaTamat»

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Sembang




Komen

Buku PTS Terkini

PTS — Buku Baru Terbit
  • Puasa Terapi dalam Ibadah
     Membongkar rahsia keajaiban berpuasa sebagai terapi kesihatan yang holistik menurut Quran, hadis dan sains. Puasa adalah ibadah yang luar biasa.   Semakin kita komited dalam berpuasa, semakin sihat tubuh, jiwa dan minda kita.   Apakah rahsia yang terselindung di sebalik keajaiban ibadah puasa ini?   Puasa, Terapi dalam Ibadah ada jawapannya. Buku ini menjawab persoalan utama, berkaitan komitmen kita dalam melaksanakan ibadah puasa. Mengapa kita berpuasa? Apakah hikmah di sebaliknya? Apakah rahsia dan keajaiban yang terselindung? Apakah manfaat puasa kepada tubuh, jiwa dan minda kita?   Mari kita terokai keajaiban dan mukjizat ibadah puasa melalui Puasa, Terapi dalam Ibadah.
  • Kelab Gadis Ayu
    Hai, nama saya Lili. Ini adalah kisah saya dan rakan-rakan. Saya mencari calon pasangan untuk ayah yang telah lama menduda. Namun... sukarnya, Tuhan sahaja yang tahu. Calon pertama memang peramah dan ceria namun ayah pula pemalu. Calon kedua terlalu emosi dan Calon ketiga menipu kami! Saya serik! Di kolej pula, saya ada dua orang rakan sebilik yang seperti langit dan bumi. Amy adalah si ratu drama yang mengaku bahawa dirinya adalah Jessica Alba versi Melayu. Amy meminati semua benda berwarna merah jambu. Namun saya juga tahu, Amy ada rahsia. Suzana pula adalah seorang yang tegas dan tidak suka segala-gala yang Amy suka, termasuklah si Jessica Alba. Kata Amy, "kami adalah ahli Kelab Gadis Ayu." Komen Suzana, “jangan mengada-ngada.” Balas Amy, “Kita memang mengada-ngada. Tetapi... kita LAWA!”
  • Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
    Mengisahkan Damia berumur lapan tahun yang tinggal di kampung bersama neneknya semasa cuti sekolah. Datuk Damia dikatakan menghilang entah ke mana. Sudah bertahun-tahun misteri kehilangan datuknya tidak diketahui. Nenek Damia juga pasrah pada takdir kerana dia sudah tiada cara bagaimana mahu mencari suaminya. Tambahan pula dia sudah tua dan tidak larat hendak ke mana-mana. Pada suatu hari Damia terdengar bunyi sesuatu yang membuatnya tidak dapat tidur. Bunyi itu datang daripada bilik datuknya. Damia memberanikan diri masuk ke bilik itu. Ternyata sebuah laci kelihatan bergegar-gegar. Dami merapati laci itu dan sehelai sejadah meloncat keluar dari laci berkenaan. Sejadah itu boleh bercakap. Hanya Damia yang dapat mendengarnya. Sejadah memberitahu Damia perlu mencabut penanda buku yang terdapat pada buku milik datuknya bagi membebaskan kawan-kawan sejadah. Satu per satu penanda buku dicabut Damia. Mula-mula sabit. Kemudian pelita, basikal, selimut tebal, tali, rotan bulu ayam, congkak, dan bingkai gambar. Benda-benda ini menjadi kawan karib Damia. Damia seronok dapat berkawan dengan kawan-kawan ajaibnya itu. Si sabit yang rajin suka membersihkan kebun atuk Damia. Basikal pula suka membawa Damia ke tempat yang pernah ditujui datuknya. Begitu juga dengan pelita, tali dan selimut tebal. Suatu hari tiba ke penanda buku terakhir, sejadah, tali, basikal, selimut tebal dan pelita memaksa Damia mencabutnya tetapi perlu berhati-hati dan jangan sampai penanda buku itu terkoyak. Damia pelik kerana kawan-kawannya begitu bersungguh-sungguh, tidak seperti dia mencabut penanda buku sebelum ini. Ternyata memang sukar mahu mencabut penanda buku terakhir. Pelbagai cara Damia lakukan bagi memudahkan penanda buku itu tercabut. Akhirnya, berkat kesabaran Damia, penanda buku terakhir dapat dicabutkan. Gegaran semakin kuat seperti gempa bumi. Tiba-tiba muncul Tok Mail iaitu datuk Damia di hadapan cucunya. Rupa-rupanya Tok Mail terperangkap di dalam buku ajaib. Nenek Salmah bersyukur kerana misteri kehilangan suaminya itu terbongkar. Damia melompat keriangan kerana dia menjadi hero menyelamatkan datuknya.
  • Didik Anak Gaya Rasulullah
    Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.  Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain. Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani. Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya. Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan. Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.
  • Nydia, Terendak dan Bintang: Junior vs Senior
    Kali ini Nydia dan rakan-rakan sudah menjadi senior apabila mereka melangkah ke tingkatan dua. Apabila mempunyai junior, mereka memikul tanggungjawab memantau dan menasihati para junior berkenaan hidup di hostel. Pelbagai peristiwa berlaku, namun akhirnya mereka semua berkawan baik.
  • Mudahnya Bisnes Dengan BlogShop
    Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu 'mulakan dengan apa yang di tangan!' Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat: - Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan. - Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan. - Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.
  • Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
    Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin. Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.
  • Atan Jambul-Kerana Tikus
    Atan Jambul adalah himpunan lima kisah yang menceritakan kenakalan Atan Jambul. Siri pertama ini yang bertajuk Kerana Tikus mengisahkan Atan yang cuba menipu gurunya. Namun kerana ada tikus di dalam begnya cikgunya mengetahui yang Atan sebenarnya berbohong. Bagi mengetahui kisah selanjutnya dapat buku ini di pasaran bagi mengetahui kisah-kisah lucu yang lain.
  • Menuai Hidayah Iman
    Pasti anda mahu tahu   Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya? Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia? Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman. Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.   Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah. Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai. Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.   Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.   Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.   Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.   Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.   Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.   Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.
  • Zara Misi Mustahil
    Mengisahkan berkenaan watak Zara Tan Sri Zamanis yang berusia sembilan belas tahun. Pelajar yang pandai, lasak, berani dan sedikit tomboy. Dia tidak pernah mengambil PMR kerana malas dan mengulang pada tahun berikutnya. Ini membuatkan usia Zara ketika mengambil SPM pada usia sembilan belas tahun. Zara pernah digelar samseng kerana hidupnya terlalu sosial. Selepas tamat SPM, Zara meminta kerja sementara di Kolej Elita. Izaz, Pengetua Kolej Elita memberi jawatan penjaga kafe siber. Semua kawannya mahu ke luar negara mengambil short course tetapi Zara tidak mahu pergi ke luar negara dan mahu kekal di Kolej Elita. Dalam misinya kali ini, Zara bersekongkol dengan Mak Cik Rohana, pekerja kantin bagi menjodohkan Ali dan Izaz. Tetapi dia perlu berlawan dengan Normawar yang mahu menjadikan Izaz sebagai ibu tirinya. Pada masa yang sama dia perlu bekerjasama dengan Normawar. Adakah misinya berjaya?