|
Rabu, 23 Disember 2009 08:09 |
|

Baru sahaja selesai trace logo sek men keb Puteri Wilayah. Software yang digunakan adalah ilustrator. Nasib baik logo sekolah ini tidak terlalu susah :)
|
|
Isnin, 21 Disember 2009 21:57 |
|
Lama tidak menulis di web sendiri. Disebabkan masa dan kebuntuan idea untuk menulis, blog ini ditinggalkan tanpa sebarang coretan. Malam ini terasa ingin mencurahkan sedikit nukilan tentang Kota Ho Chin Minh. Seminggu berada di sana, banyak pengalaman yang diperolehi. Kata orang banyak berjalan luas pandangan. Hahah entah betul atau tidak. Tetapi kota saigon (Ho Chi Minh) memang menjanjikan beribu pengalaman, manis pahit dan masam. Pengalaman paling pahit adalah kehilangan X1(XPeria). Berlaku sekelip mata sahaja. Kejadian itu adalah hari pertama ketika sampai di Saigon. Semangat ingin bercuti terus sahaja padam. Rasanya petang itu juga ingin pulang ke Malaysia. Tetapi apakah daya terpaksa tunggu kerana penerbangan pulang ke Malaysia berbaki 6 hari lagi. Seterusnya persoalan makanan di sana. Ada kedai Muslim, tetapi satu kedai di satukan makanan halal dan makanan tidak halal, bawah untuk makanan tidak halal manakala di tingkat atas makanan halal. Rasa macam ngeri pula hendak makan disana. Nasik lemak dia pula Mahal RM 6 sebungkus. Alhamdulillah selepas dua hari di sana kami menziarahi sebuah masjid yang betul-betul berada di tengah bandar Saigon, Masjid Jamik Muslimin. Imam dan siak boleh berbahasa melayu dengan baik. Mereka menunjukkan beberapa kedai makan muslim di sana. Antaranya kedai di belakang Masjid. Sudah cukup bagus, tetapi makanannya agak mahal, ayam seketul harganya 58000 VND(RM 10) lebih kurang. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah makanan halal di Saigon memang mahal.
|
|
Baca Lagi... [Percutian di Ho Chi Minh]
|
|
Ahad, 06 Disember 2009 06:57 |
|
Alhamdulillah, semalam sempat membeli sebiji komputer baru di low Yatt. Kenapa di low yatt ? tidak di pc fair ? kebetulan PC fair sedang berlansung sekarang. Jawapan mudah sahaja. Saya hendak mengelak daripada kesesakan orang ramai di PCFAIR. hehehehe tetapi sebaliknya, walaupun PCFAIR masih berlansung tetapi LOWYATT juga tidak sunyi daripada kunjungan orang ramai.
|
|
Sabtu, 05 Disember 2009 00:37 |
|
Alhamdulillah, sekarang perigkat final. Esok sekiranya tiada apa apa masalah akan terus dicetak. Semoga jualan tahun ini agak memberansagkan. Tunggu Buku Latihan Bahasa Arab pula.
Secara ringkasnya kamus ini adalah inisiatif penulis untuk membantu murid-murid tahun 1-6. Semua perkataan-perkataan di dalam kamus ini adalah berpandukan buku Teks Bahasa Arab Tahun 1-6. Selain itu juga kamus ini disertai dengan gambar-gambar yang menarik. Di harap dengan kehadiran kamus ini serba sedikit dapat membantu penguasaan bahasa Arab.
Jangan salah sangka, bukan saya yang menulisnya. Saya hanya membuat layout dan juga menguruskan hal ehwal percetakan kamus ini.
|
|
Khamis, 26 November 2009 14:48 |
|

gambar ini diambil daripada web http://www.e-zakat.com.my. terima kasih
|
|
Ahad, 11 Oktober 2009 10:54 |
|
|
Ahad, 04 Oktober 2009 10:24 |
|
Semalam ramai kawan-kawan datang ke rumah dengan bertujuan menziarah. Saya dan isteri tidak kemana-mana kecuali menunggu sahaja kawan-kawan datang. Sambil menunggu mereka, saya sempat melakukan aktiviti yang berfaedah dengan kamera saya antaranya ialah  
|
|
Ahad, 27 September 2009 11:59 |
|

Raya kedua di Masjid Terapung Terenggganu. Berhenti ambil gambar ketika perjalanan ke rumah nenek sebelah mak. 
 foto di Kedah.  
Perjalanan Pulang Ke KL
|
|
Ahad, 27 September 2009 09:00 |
|
Alhamdulillah majlis akad nikah sahabat kita iaitu Ustaz Fakhru razi berjalan dengan lancar, kini beliau sudah bergelar suami. Selamat pengantin baru untuk Ustaz Fakhrul. Saya sempat ke majlis akad nikah beliau di masjid zahir, kedah. Kebetulan ketika itu saya berada di kedah. 
|
|
Selasa, 15 September 2009 08:00 |
|
 Sabtu lepas saya berpeluang menyertai program infak ramadan PTS. Kami memilih rumah anak yatim Titian Kaseh. Rumah itu bagaikan rumah angkat bagi kumpulan sukan Wins-wins di bawah PTS publication. Ini adalah aktivti amal yang dilakukan pada setiap di bulan Ramadan. Tahun ini projek wins-wins lebih menarik, bermula awal ramadan lagi kami mula mencari peruntukan untuk adik-adik di rumah titian kaseh. Target kami RM 100 setiap seorang. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Program membeli baju raya untuk adik-adik rumah titian kaseh berjalan dengan lancar. Destinasi yang dipilih adalah Mydin Jalan Masjid India, seramai 50 orang yang menyertai dan diiringi oleh 20 sukarelawan.
Kebanyakkan sukarelawan berpuas hati dan gembira apabila dapat menolong adik-adik rumah titian kaseh, walaupun tidak dinafikan ada sedikit kesukaran untuk mengawal mereka, tetapi kami tetap bersabar, mungkin ini adalah ujian Allah dan Allah mahu memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada kami ketika di bulan ramadan. Semoga adik-adik titian Kaseh juga gembira dengan apa yang kami mampu lakukan untuk mereka. Insyallah kita jumpa lagi nanti :) 
|
|
Rabu, 19 Ogos 2009 07:21 |
|
Semalam saya dan beberapa orang rakan dari PTS telah keluar ke MPH sekitar lembah klang. Asyik kerja di pejabat sahaja, kali ini kami mempunya tugas di luar pula. Tugas kami senang sahaja iaitu menghias satu decoration di dalam MPH sempena promosi marhaban Ya Ramadan. Ini adalah kali pertama saya terlibat secara langsung dengan aktiviti ini. Saya telah ditugaskan pegi kedua tempat, pertama di MPH Alamanda dan MPH Mid Valley, Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 am. dan kami sampai di Alamanda pada pukul 11.20 am.
Di Alamanda tidak susah, kami di beri ruang hanya lebih kurang 4" X 3" sahaja, kecil dan padat, operasi menghias windows display menjadi semakin mudah, kami longgokan sahaja buku-buku yang sedia ada di MPH disertai beberapa bahan yang kami bawa sendiri, seperti lampu, pelita, rehal dan kain hamparan. Misi kami disana mengambil masa selama satu jam sahaja. 
Selesai sahaja di Alamanda kami terus bertolak ke Mid Valley. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2.00pm. Disini saya rasa lebih mencabar dari sana. Kerana ruang yang kami bayangkan selama ini sama dengan ruangan yang diberikan di MPH Alamanda, tetapi sebaliknya. kami diberi lebih kurang 10" x 3.5", ruangan yang cukup besar. Hampir buntu dibuatnya, bagaimanakah hendak menghias ruangan sebesar ini, sedangkan barang yang dibekalkan hanya lah 4" sahaja. Oleh kerana sudah sampai disitu, terpaksa lah kami berikhtiar menyelesaikan masalah ini. Akhir terhasilah windows display seperti di bawah.
|
|
Baca Lagi... [Marhaban Ramadan di MPH]
|
|
Khamis, 13 Ogos 2009 07:37 |
|
Semalam berlangsungnya sidang media Marhaban Ya Ramadan, anjuran PTS Publications. PTS mengambil kesempatan untuk melancarkan kampen Membaca di bulan Ramadan, sebanyak 27 buku-buku yang sudah di pilih oleh pihak PTS untuk promosi istimewa di bulan ramadan. Sebagaimana yang dimaklumi, ramadan akan datang tidak lama lagi, kurang tempoh dua minggu kita akan menyambut bulan barakah, bulan pengampunan dan bulan pembebasan daripada seksaan neraka. Semoga dengan adanya promosi ini memberi peluang kepada kita untuk memperbanyakkan bahan bacaan kita nanti.
Saya terlibat secara langsung dalam aktiviti kempen Marhaban Ya Ramadan, melalui website, email, blog dan bermacam-macam medium lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, atau mengenai buku-buku yang di promosikan boleh layari laman web www.bookace.com.my . Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.
|
|
Selasa, 04 Ogos 2009 07:03 |
|
Perjalanan ke Kota Kinabalu bermula awal pagi, dengan menggunakan perkhidmatan tambang murah Air Asia, akhirnya saya dan isteri selamat sampai ke kota kinabalu lebih kurang jam 12.30 tengahari (Jumaat). Apabila sampai di Kota Kinabalu, kami terus ke tempat penginapan, di jalan kampung Air. Ini adalah kali pertama kami sampai di Kota Kinabalu. Alhamdulillah dengan menggunakan bantuan Encik google, kami sudah merangka beberapa tempat yang akan dilawati di sana, antaranya pasar yang paling popular di kota kinabalu, Kinabalu park, kundasang, dan berjalan-jalan sekitar bandar kota kinabalu. Kami berehat seketika, menunaikan solat dan kemudian bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kota kinabalu Muzium Sabah Lebih kurang pukul 3.30 ptg, kami bertolak ke Muzium sabah, bayaran masuk hanya RM 2. Bermacam-macam barang peninggalan masa yang ada disitu, kami seoalah-olah masuk ke terowong masa dan kembali ke zaman lampau. Selain-lain barang peninggalan sejarah, kami tertarik dengan terowong masa di dalam muzium itu, bermula dengan asal usul kaum di sabah sehinggalah zaman kemerdekaan, semuanya dicatat di dalam terowong masa itu. Tetapi sayangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium ini (setahu saya memang setiap muzium tidak dibenarkan mengambil gambar).
Apabila keluar dari muzium itu, kami terus berjalan-jalan di sekitar muzium, alhamdulillah di sekitar muzium itu, dibenarkan mengambil gambar. Selesai sahaja melawat muzium sabah, kami dijemput oleh seorang kawan untuk ke satu tempat makan yang menarik (katanya). Perjalanan kami di sana mengambil masa lebih kurang 45 minit, kami bersesak dengan kesesakan lalu lintas, saya menjangkakan hanya KL sahaja yang sebegitu, rupa-rupanya di Kota kinabalu pun sama, hampir 5 Km kami terpaksa menentang arus kesesakan lalulintas di sana. Alhamdulilah kurang 5 minit pukul 6.30 kami sampai ditempat yang dikatakan. Hanya dua hidangan yang ada disana, iaitu Lokan dan kelapa Bakar. Kami mengambil masa setengah jam untuk menikmati makanan yang belum pernah kami nikmati, alhamdulillah selesai sahaja makan, kami bertolak pulang ke Hotel.
|
|
Baca Lagi... [Percutian yang menarik]
|
|
Khamis, 30 Julai 2009 07:55 |
|
Alhamdulillah akhirnya siap juga satu laman web ini. Kemilau adalah laman web Kemilau Publika. Dahulunya dikenali sebagai Anbakri Publika. Sekarang diberi nama baru sebagai Kemilau Publika. Ini adalah salah satu penerbit yang banyak menerbitkan buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz. dan sedang berkembang untuk salah satu penerbit buku-buku Melayu. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kemilau publika di atas sumbangan dan kometmen mereka menerbitkan buku-buku melayu dan yang lebih pentingnya buku Agama.
Kemilau juga adalah laman web yang berasaskan CMS joomla. Apa itu joomla.? Saya sudah tulis sedikit artikel bahagian Toturial. Saudara boleh membacanya di bahagia tutorial. Untuk melayari laman web kemilau. www.kemilau.com.my
|
|
Khamis, 02 Julai 2009 07:15 |
|
Siri 1 yang lepas, saya ada menyatakan tentang web server, apache dan mysql. Isnyallah pada kali ini saya akan memberi sedikit tip untuk memasang kesemua-semua element itu pada komputer anda. Hanya dengan menggunakan xamp, anda sepatutnya sudah mempunya web server apache, mysql dan bahasa php. 1.Pilih xamp yang sudah dimuat turun daripada internet. 
|
|
Baca Lagi... [Membina Web Menggunakan Joomla Siri 2]
|
|
|