-
Kasih untuk Ibu
Raisya dan Rayyan pasangan kembar yang kehilangan ibu sejak kecil lagi. Zulfa, tempat mereka menumpang kasih. Tetapi Zulfa terpaksa meninggalkan mereka berdua buat seketika bagi menyambung pelajaran. Suatu hari, tanpa diduga mereka terjumpa ayah kandung mereka yang lama terpisah. Mampukah mereka tinggal dengan ayah yang baharu mereka kenali?
-
Arkitek Kampung Seberang
Mat, Dol dan Din penduduk Kampung Seberang yang masih belajar. Melepak adalah kegemaran mereka. Tidak, bukan di pusat mebeli-belah. Bukankah mereka budak kampung? Bagi memastikan aktiviti melepak mereka berjalan lancar tanpa gangguan, mereka membina rumah di atas pokok. Idea itu datang daripada Mat. Manakala Dol yang berpengalaman membina tandas bercat merah jambu adalah arkitek utamanya.
Azhar pula pelajar University of Queensland yang pulang tanpa ijazah kerana hatinya terluka.
Mereka bertemu. Bercerita berkenaan seni bina, bekerja sebagai penunggu durian dan pembina tandas penduduk kampung.
Tetapi di Kampung Seberang, bukan ada mereka sahaja. Adat di kampung, Tentu ada golongan antagonis. Di sinilah Lan Tokak, Meli Boy dan Jan Jebeh berperanan.
Kisah di Kampung Seberang hanya kisah biasa. Kisah cita-cita, harapan, kehidupan dan keinsafan.
-
Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah (Kaver Baru)
Kita mengenalinya sebagai kekasih Nabi. Kita juga mengenalinya sebagai isteri Nabi. Kita juga mungkin mengenalinya sebagai usahawan yang berjaya. Tetapi, berapa ramaikah antara kita yang mengetahui apa yang tersirat daripada tersurat, apa yang menjadi rahsia daripada yang nyata?
Bersama kita membongkar rahsia yang tersembunyi di sebalik tindakan Khadijah sebagai usahawan dan aplikasinya dalam bidang perniagaan. Ia juga sememangnya dapat dipraktikkan dalam perniagaan anda sendiri. Antaranya:
- Apakah faktor business matching atau pemadanan perniagaan dalam mennetukan kejaayan Khadijah.
- Bagaimanakah pelaksanaan mudarabah antara khadijah dan Nabi Muhammad.
- Bagaimanakah pembezaan atau differentiation berlaku dalam perniagaan Khadijah?
-
Buat Duit dengan Tadika
Setiap tahun, jumlah prasekolah dan tadika di Malaysia semakin meningkat ekoran pertambahan kanak-kanak. Prasekolah kendalian kerajaan di sekolah rendah masih belum mampu menampung permintaan ibu bapa. Maka, kewujudan tadika swasta membantu perkembangan ini.
Buat Duit dengan Tadika menyentuh skop:
Logo, slogan dan warna tema tadika.
Falsafah, misi, visi dan tadika
Pakaian rasmi tadika
Urusan dokumentasi tadika.
Pemilihan premis dan promosi tadika
Kelengkapan dan peralatan tadika
Kriteria kakitangan dan pekerja
Pendaftaran kanak-kanak dan yuran
Modul program, silibus dan kurikulum
Pembahagian ruang dan sudut-sudut
Peraturan umum tadika
Penglibatan ibubapa atau penjaga kanak-kanak
Program tahunan tadika
-
Karipap-Karipap Cinta
Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.
Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).
Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.
Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.
Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.
Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.
-
15 Teknik Efektif Pemasaran SMS
The Edge Daily melaporkan, Malaysia adalah negara keenam yang paling aktif menggunakan SMS. Dengan kadar penembusan SMS setinggi 90.6%, memberi tanda bahawa telefon bimbit adalah alat pemasaran paling dekat dengan rakyat di Malaysia.
Kali ini, Pakar Pemasaran Mobile Malaysia, Irwan Dahnil, menghamparkan 15 contoh pelan strategik untuk melakukan promosi melalui SMS.
Teknik 1: Tempahan Produk dan Perkhidmatan
Teknik 2: Mengedar Kupon Diskaun
Teknik 3: Direktori Bisnes
Teknik 4: Memeriksa Status atau Keputusan
Teknik 5: Menjawab Soalan Lazim
Teknik 6: Mendapatkan Maklum Balas
Teknik 7: Melakukan Bancian
Teknik 8: Menyebarkan Dokumen Digital
Teknik 9: Hebahan dan Promosi
Teknik 10: Menganjurkan Peraduan
Teknik 11: Pertandingan Mencipta Slogan
Teknik 12: Langganan Maklumat Berbayar
Teknik 13: Langganan Maklumat Berbayar Berdemografi
Teknik 14: Mengurus Aduan Berkelompok
Teknik 15: Aplilasi Hybrid: Semuanya Secara Serentak
-
How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu
Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan!
Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang!
Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!
Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.
Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam. Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.
Dalami tip berikut:
- Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
- Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
- Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
- Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
Serta banyak lagi!
-
Young Aisyah: Summer Camp
Aisyah Sofia dan kawan-kawannya menyertai perkhemahan motivasi pelajar anjuran sekolah. Ia diadakan di sebuah kawasan perkhemahan dalam hutan. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan. Mereka perlu melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar seperti meredah sungai, memasak, memanjat pokok, menyediakan khemah dan sebagainya. Mampukah mereka mengikuti program itu sehingga selesai?
-
Aku, Kau & Bola: Separuh Masa Pertama
Himpunan komik yang menceritakan fasal keadaan bola sepak di Malaysia. Komik antologi yang wajib ada pada semua orang yang cintakan bola sepak. Antara komik yang terlibat adalah:
Harimau Malaya- Inilah Barisan Kita
Penulis: Faizal Mukhtar
Pelukis: Just Jimi19
Aku Bola
Penulis/pelukis: Froggypapa
Skuad 1 Malaysia
Penulis/pelukis: Reja
Pemain Simpanan
Penulis/pelukis: Suraya
Liga Rahsia
Penulis: Nazry
Pelukis: Afiq
Konklusi
Penulis/pelukis: Lavendra
Cabaran!
Penulis/pelukis: Bop
Kasut Bola Karu 10
Penulis/pelukis: Poyo
Aku, Kau & Xaira
Penulis/pelukis: Reja
-
Dear Yayah the comics
Ini adalah prequel dari novel popular Dear Yayah, tetapi dalam bentuk komik.
Yayah terima tawaran melanjutkan pelajaran tingakatan satu ke sekolah berasrama. Pada mulanya Yayah tidak bersemangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun, perasaan itu berubah sebaik sahaja Yayah berkenalan dengan rakan-rakan baru. Di sinilah permulaan Yayah dan rakan-rakan menempuhi pengalaman menarik sebagai pelajar berasrama.
|