|
Isnin, 08 Februari 2010 23:43 |
|

Pagi tadi saya ditugaskan ke sekolah Menengah Datuk Abdul Samad di Port Dikson, Kami bertiga, Tuan Nazrul , Tuan Wahyudi dan saya bertolak seawal jam 4 pagi. Dengan satu tujuan iaitu menghadiri program penyampaian hadiah pertandingan saya mahu menang hadiah PTS. Kebetulan pemenang pertama adalah salah seorang pelajar tingkatan 2 di sekolah Menengah Datuk Abdul Samad. Dengan kemudahan google maps serta iphone 3g tuan nazrol kami mengambil masa selama satu jam lebih untuk sampai ke destinasi. Berhenti solat subuh di Port Dikson kemudian meneruskan perjalanan ke sekolah tersebut.
Lebih kurang pukul 6.45 pagi, kami sudah sampai di perkarangan sekolah itu. Waktu itu masih gelap, hanya beberapa orang pelajar yang kelihatan memasuki ruangan pagar sekolah. Kami terus menunggu sehingga Puan Zawiyah datang menjemput kami. Kami dipertemukan dengan Guru Besar sekolah itu. Alhamdulillah, Guru Besar sekolah itu baik dan ramah. Tuan Nazrul mengambil peluang memperkenalkan PTS kepada guru besar. Selesai sahaja berbual serba ringkas kami di bawa ke tempat perhimpunan sekolah. Di situ kami mengumumkan pelajar yang berjaya memenangi hadiah TV Plasma 42 inc. Majlis berjalan dengan lancar. majlis bersurai pada jam 9.00 pg.
Agenda seterusnya, adalah membuat pameran. alhamdulllah sambutan yang menggalakan terutamanya kepada buku-buku remaja. Kami berjaya mengutip RM 600 dalam masa satu jam sahaja. Selesai sahaja membuat pameran, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Hari ini adalah hari yang memenatkan.
|
|
Ahad, 07 Februari 2010 22:46 |
|
Azmi, sekarang kerja kat mana ? tanya seorang kawan. Dengan ringkas saya menjawab "PTS". PTS itu apa ? tanyanya lagi. Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Saya gagal memberi akronim yang tepat apakah PTS yang sebenarnya, apa yang saya tahu adalah tugas dan bisnes PTS dalam penerbitan buku. PTS sudah wujud genap 10 tahun. Bermula di janda baik, sekarang bertapak kukuh di Dolomite Bisnes Park, Batu Caves. (Kawasan Perindustrian yang baru). Bisnes utama adalah menerbitkan buku-buku bahasa melayu yang berkualiti. Mencari makan dengan mewujudkan pelbagai tajuk buku-buku bahasa melayu demi untuk membuktikan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu. Daripada buku kanak-kanak sehinggalah buku rujukan untuk golong profesional.
|
|
Baca Lagi... [Mengenali PTS Publication & Distributors]
|
|
Ahad, 07 Februari 2010 20:33 |
|
Apa itu Disqus. Jawapan mudah sahaja. Disqus adalah salah satu plug in yang boleh intergrated dengan banyak CMS, seperti joomla, Wordpress, Drupal dan blogspot. Sistem yang canggih, boleh menggunakan Open ID, Facebook, yahoo mesengger dan beberapa sosial Network yang lain. Pengguna tidak perlu mendaftar untuk membuat komen pada sesebuah website. Cukup hanya dengan memiliki salah satu sosial network yang saya sebutkan di atas.
Ini akan memudahkan serta menjimatkan kerja pengguna. Selain itu, Sistem ini juga mempunyai sistem panel yang tersendiri supaya mudah untuk mengawal maklumat-maklumat yang datang ke dalam web kita. Sama ada spam atau perkataan-perkataan yang tidak disenangi oleh pengguna.
Untuk Mendaftar Disqus dan menggunakan pada blog atau laman web anda. Boleh layari. http://disqus.com/
|
|
Ahad, 24 Januari 2010 14:53 |
|
Editor Komik-M sibuk memperbanyakkan judul komik yang bermutu tinggi untuk pembaca-pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Pengunjung-pengunjung juga dapat bertemu sendiri dengan pelukis-pelukis tersebut. Mengambil gambar bersama mereka dan mendapatkan tanda tangan mereka. Jangan lepaskan peluang anda berkunjung ke gerai PTS Publication nanti. Jumpa di sana...!
|
|
Ahad, 24 Januari 2010 08:13 |
|
PTSONE adalah salah satu anak syarikat di bawah PTS PUBLICATION SDN BHD. Fokus mereka adalah menerbitkan buku-buku remaja. Novel-novel remaja. Kebiasaanya buku-buku PTSONE akan menjadi sasaran remaja dan kanak-kanak sepanjang pesta buku. Sebagaimana tahun lepas buku PTSONE mendapat sambutan yang amat hebat. Harapa tahun ini lebih hebat lagi dengan buku-buku terbaru mereka. Antara buku mereka, seperti buku-buku Aku Mahu Popular, Dear Yayah, Sayalah Puteri Raja, Sekolah Kampung dan banyak lagi. Anda berminat untuk berkerja di PTSONE ? Apa lagi, boleh lah menghantar resume anda ke
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.
Untuk Maklumat lanjut anda juga boleh melayari laman web mereka www.ptsone.com.my.
Jangan lupa... jumpa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. :)
|
|
Sabtu, 23 Januari 2010 08:55 |
|
Rasa macam bulan lepas pesta buku 2009. Pejam celik-pejam celik dah masuk tahun 2010. Masa berlalu begitu pantas. Sambutan pesta buku tahun 2009 masih lagi terasa, kesesakan di Booth pts. Aktiviti di jalankan dan yang paling penting jualan yang melepasi target yang disasarkan. Tahun ini bagaimana pula ? PTS menyewa 15 booth, sekarang peringkat memikirkan apakah konsep yang perlu diketengahkan, kebetulan PTS menyambut sempena ulang tahun ke-10. Konsep semestinya ada kaitan dengan ulang tahun ke 10. Masa berbaki lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. Moga PTS terus maju dan dapat bersaing dengan baik dalam dunia penerbitan buku-buku melayu. Chaiyok PTS......
|
|
|
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |