hari kedua kayuh.

cuaca hari ini tidak menentu, ada ketikanya hujan, dan ada ketikanya panas. Keluar rumah awal pagi lagi. Hari ini misi mencari nasik himpit dengan gulai ikan aye. fuh sedapnya. lama betul tak makan benda yang berkalori begitu. sehingga terpaksa isytiharkan “cheatday”.

Singgah restoran makanan pagi yang biasa dikunjungi, apa lagi. pesan nasi himpit dan telur separuh masak.

wpid-img_20141217_073954.jpg

memang kaw-kaw kuah nasi dagang ikan aye dia nih. kat KL memang takkan jumpa, kecuali masak sendiri. Si isteri pulak makan roti tisu. Isteri saya memang jarang makan di luar. Ini kali pertama roti tisu yang ditempahnya.

Boleh tahan rasa sedapnya. Sudah makan saya terus ke kautar bayaran. bayar rm 9.60. murah!!….

Selesai sarapan pagi, terus pulang ke rumah dan terus bersiap untuk mulakan aktiviti kayuhan.

Kayuhan awal sejauh 9.2 km menuju ke Masjid Tengah Zahirah (Masjid Terapung) cabaran paling sukar adalah kayuh disini ketika angin bertiup kencang, terutamanya di tepi pantai.

 

Jpeg

Selesai kayuhan, masjid terapung, terus ke cendering dan membuat pusingan u di persimpangan petronas cendering. sampai di pasir panjang hujan turun renyai-renyai, berhenti ditepi kedai kereta sambil berbual dengan uncle tokei kedai, tentang basikal.

Beberapa minit kemudian, terus mulakan perjalanan ke bukit besar. mengambil masa lebih kurang setengah jam mendaki bukit besar. Kali terakhir naik ke bukit besar ketika umur 11 tahun (darjah 5). Cabaran yang paling getir adalah ketika climbing part 2 selepas signboard “Ya Allah Peliharakan Terengganu”,

 

Jpeg Jpeg Jpeg

 

Selepas turun dari bukit besar, terus menuju ke rumah. Jumlah kayuhan hari ini sejauh 28km. Hasrat untuk kayuh di tempat sendiri tercapai. balik kampung kali ini puas hati,  dapat kayuh basikal di tempat sendiri.

design by @pedagmujahid.net 2024