Hari kedua di kuching

Cuaca agak baik tiada hujan tidak begitu panas. Keluar dari homestay sekitar jam 8.00 pagi. Tujuannya adalah ke kubah Ria. Disini adalah pasar mingguan yang diadakan setiap hujung minggu kebanyakkan peniaga dari desa dan ceruk kampung akan datang pamerkan hasil ternakan dan tanaman mereka. Dahulunya pasar minggu ini diadakan di jalan satok. Iaitu betul betul berada di tepi pinggir bandar kuching.  Selepas bangunan kubah ria itu siap. Mereka telah dipindahkan di situ.

image

pelbagai barang berada disitu. Yang paling menarik adalah ikan turbok masik. Disini memang terkenal dengan ikan terbuk, pelbagai saiz dan pelbagai harga mengikut kualiti dan citarasa kita sendiri, apa yang lebih lengkap lagi sistem packaging juga amat kemas dan sistematik. Memudahkan pengunjung luar dari Sarawak membawa pulang ke tempat masing-masing.

selepas membeli belah di kubah ria, kami menuju ke bandar raya kuching unuk membeli cenderamata kepada kawan-kawan, banyak tempay yang kami servey, antara yang ter,urah dan banyak pilihan adalah di tepi jalan lilte labnon, hanya 10 minit dari Kubah Ria. Kami membeli beberapa helai baju sebagai tanda kenangan untuk dihadiahkan kepada saudara-mara di semenanjung.

Setelah selesai membeli belah kami teruskan perjalanan kami menunju ke Kampung budaya yang terletak 50 km dari bandar kuching, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Disana banyak info berkaitan kuching boleh diperolehi, mengenal budaya dan adat mereka, mengenal kategori rumah mereka. Betullah firman Allah. Yang bermaksud

 

“Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbilang-bilang kaum dan bersuku puak supaya kamu berkenalan antara satu sama lain, Sesungguhnya manusia yang paling mulia dikalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa.

 

Selepas berehat di kampung budaya kami meneruskan perjalan ke kampung butal. Mengambil masa 20 minit dari kampung budaya. Majoriti penduduk di sana berkerja sebagai nelayan, pengkalan bot nelayah bersepah sepah. Hasil tangkapan terus dijual di situ. Alhamdulillah sempat juga merasa paih dari Sarawak.  Selesai meronda di sekita kampung tersebut kami solat jamak kasar zohor dan asar disana, selesai sahaja solat kami bergerak menuju ke pantai pandar @ pantai pasir panjang, tempat peranginan dan rehat di tempat pantai, hembusan angin laut cina selatan begitu kuat disitu. Kami berehat hampir setengah jam, sambil memerhatikan gelagat pengunjung-pengunjung disitu, kebanyakkan pengunjung pantai tersebut adalah penduduk sarawak. Tempat ini belum betul betul diisytiharkan kawasan pelancong.

Jam 5.00 petang kami bergerak pulang ke homestay. Lebih kurang setengah jam berikutnya kami selamat sampai di homestay. Rehat dan kumpul tenaga untuk hari esoknya.

 

design by @pedagmujahid.net 2024