Trip bercuti ke kuching

Tahun 2014 kali kedua buat trip ke kuching. Bandaraya kuching memang best tetapi cuaca agak panas sedikit berbanding kuala lumpur. Kali ini lebih konfiden sedikit, maklumlah buat kali kedua datang, tiada sebarang masalah , perjalanan lancar dari airport sehingga ke homestay.  Homestay pun besar , luas dan cantik memang berbaloi, tambah pula tuan punya homestay  ini baik hati dan tidak berkira. Sepatutnya homestay kami di belakang rumah tamu 2 bilik , tetapi kerana banglo di depan ini kosong, maka kami di tempatkan di banglo sebesar 8 bilik tamu. Bayangkan besar mana homestay kami.

Hari pertama di kuching. Kami menuju ke pasar serikin. Ini adalah tempat kunjungan orang ramai, terutamanya pelancong dari pelbagai destinasi. Terletak lebih kurang 68 km dari bandar kuching, dengan bantuan google maps kami memacu kereta ke serikin dengan mengambil masa satu jam 30 minit. Alhamdulillah mujurlah sampai. Sebelum ini memang pernah pergi sekali ke situ tetapi dibantu oleh kawan. Kali ini kami cuba pergi secara bersendirian. Cuma ketika pulang sahaja ada sedikit. Masalah terlajak simpang menyebabkan kami tersesat sebanyak 20 km. Itu lah namanya pengalaman.

Kemudian balik sahaja dari serikin kami terus ke rumah anak kawan mak dan abah. Di kawasan pedawan. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Juga dengan menggunakan bantuan google maps.  Google maps di kuching adalah “teman setia anda” ambil alih tugas rtm hahaahahah. Rehat dan singgah disitu selama 20 minit kemudian kami teruskan perjalanan ke serian dalam 40 km lagi melawat salah seorang lagi kawan. Alhamdulillah penuh satu hari memandu kereta yang disewa.

lebih kurang jam 9.00 mlm kami sampai di homestay. Rehat dan tidur. Kumpul tenaga untuk agenda yang seterusnya. Apa apa pun buat masa sekarang. Kuching memang terbaik.

design by @pedagmujahid.net 2024