Manfaatkan cuti raya cina 2014

Pagi ini sempat buat kayuhan solo ke genting sempah. Pada mulanya bercadang naik berdua dengan helmi. Oleh kerana mungkin ada masalah yang tidak dapat di elakkan, dia tak dapat pergi. Terpaksalah buat kayuhan ceria bersendirian.

Check Point 1. Hanya satu basikal

Apabila sampai check point 1, Batu 12 Gombak. Keadaan agak sunyi, tidak seperti hari-hari lain sebelum ini. Mungkin sebab cuti panjang. Pada mulanya keadaan jalan agak lengan dan tidak banyak kereta. Selepas berhenti rehat 15 minit.  Aku terus mulakan kayuhan menuju puncak ( Genting Sempah). Kayuh berseorangan memang boring. tiada teman berbual dan tiada teman yang menunggu ketika penat. Selepas 1 jam barulah terdapat beberapa rider lain yang turut serta. Kebanyakkan mereka dari kalangan pemilik roadbike, Bukan mtb seperti aku. Hahahaahha, oleh kerana tidak ada orang maka mereka manjadi teman kayuhan sehingga ke puncak genting sempah.

Akhirnya sampai ke checkpoit terakhir lebih kurang jam 9.28 minit pagi. Cepat sedikit daripada biasa. Waktu rehat di kurangkan semasa berkayuh,

Ketika di Puncak Genting Sempah.

Setelah beberapa minit berehat saya mengambil keputusan untuk turun dahulu. dan meninggalkan mereka yang masih masih lepak disitu. Perjalan turun dari puncak ke check point pertama mengambil masa 25 minit. Waktu yang paling seronok adalah waktu turun dari genting sempah ke checkpoint 1. Tidak banyak tenaga di gunakan cuma sekali sekala sahaja, Apa yang perlu di beri perhatian adalah lubang dan selalu berjaga-jaga dengan brek.

Akhirnya selamat sampai ke rumah jam 11.30 pagi.  Alhamdulillah seronok dan penat. Terima Kasih merida teman kayuhan ku. 🙂

design by @pedagmujahid.net 2024