Mencabar dan terus Mendaki

Perjalan Ke Genting Sempat

Minggu ini berpeluang mendaki ke Genting Sempah bersama-sama dengan rakan pejabat. Perjalan berjalan dengan lancar. Ini merupakan kali ketiga aku mendakinya. Ada di kalangan mereka kali pertama. Rahsia pendakian amatlah mudah. Selain daripada tenaga dan keupayaan yang konsisten, Minda juga memainkan peranan yang besar. Setiap masa kita perlu settingĀ di kepala bahawa kita juga mampu untuk melakukan. Sama ada lambat ataupun cepat. Itu bergantung kepada keupayaan dan kekuatan kaki semasa kayuhan.

Alhamdulillah selepas 3 jam berkayuh akhirnya kami sampai di check point tersebut.

Rehat. Fuhh akhirnya kami sampai ke checkpoint yang dituju

Berhenti rehat di Checkpoint yang di tuju. Kami mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk menikmati udara yang segar dan nyaman. Kebetulan pagi itu pula keadaan cuaci yang mendung cuaca amat selesa. Selepas berehat kami terus terun ke bawah dengan mengambil masa tidak kurang daripada 25 minit. Memang pantas. Kenikmatan turun daripada bukit yang tinggi dan laju seolah-olah penat kami berbayar. Fuh sungguh indah berbasikal.

design by @pedagmujahid.net 2024