Kota Bharu

Perjalanan ke kota Bharu kali ini amat berlainan. tidak terkejar-kejar dengan waktu, boleh berjalan-jalan sepuasnya. Kota bharu yang saya kenal suatu ketika dahulu amat berlainan. Banyak bangunan-bangunan baru yang naik. Maklumlah hampir 10 tahun tidak menjejak kaki ke kb.

image

Banyak tempat yang menarik. dahulunya semasa belajar di kelantan tak terlintas untuk singgah. antara tempatnya ialah Pasar Siti Khadijah.

Pasar yang dipenuhi dengan peniaga-peniaga melayu, bermacam jenis kuih, makanan, buah dan sebagainya.

image

Peniaga-peniaga disana amat baik hati dan mudah untuk tawar menawar. Sarapan pagi kami pun di pasar siti Khadijah.

Seterusnya tempat yang tidak kurang hebatnya di Kelantan ialah PCB (Pantai Cahaya Bulan). dahulunya dengar cerita pantai itu dinamakan sebagai “Pantai Cintai Berahi” tidak berapa lama kemudian dimurnikan oleh kerajaan Negeri Kelantan sebagai Pantai Cahaya Bulan.

image

image

Sehari suntuk berada di kota bharu amat menarik. termasuklah saman parking RM10. Alhamdulillah sempat bayar saman tersebut sebelum keluar dari bandar kota bharu.

Semoga kerajaan negeri kelantan kekal di bawah pentadbiran sekarang. kerana banyak perubahan positif yang kesannya mula nampak pada hari ini. Saya melalui pengalaman berada di kelantan satu jangkamasa yang agak lama. Bermula dari sekolah menengah sehinggalah Pra Universiti.

Dan hasilnya saya nampak pada hari ini. semoga kebaikan dan rahmat kepada kerajaan negeri kelantan sentiasa ditambah.

Jumpa lagi kelate. kawe best gi tempat demo

image

design by @pedagmujahid.net 2024