Siapkan kerja

Jam 12.37 malam. siap satu lagi kerja-kerja simple tempahan dari sekolah Taman Seri Gombak. Esok boleh kayuh ke genting sempah. Rasanya hampir seminggu basikal itu tidak terusik. Selepas sahaja kejadian kemalangan kecil di Bukit beruntung, basikal diberikan cuti yang agak lama (seminggu). Insyallah tempoh cuti dan rehat dari kayuhan hampir akan tamat.

Pagi esok, jam 7 pagi, kayuhan akan bermula, sekirnya sebelum ini tempoh untuk naik ke genting sempah memakan masa 1 jam 45 minit.  Esok seharusnya lebih cepat daripada itu. Semoga misi untuk ke genting sempah kali ke 3 ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Mungkin ada pengalaman baru, bersama rakan-rakan sepejabat yang mempunyai tujuan yang sama. Semoga Allah merahmati Kami Semua Amien.

design by @pedagmujahid.net 2024